Pembukaan Business Centre

Selangkah lagi dalam menyahut cabaran Memperkasakan Belia Negara.  Kumpulan kami telah mula membuka kawasan seluas 2 ekar dalam usaha membuka sebuah kawasan pusat perniagaan atau Business Centre.  Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Konsep yang diketengahkan pula berkonsepkan Live Demo dimana setiap aktiviti yang dijalankan disitu merupakan satu Show Room yang besar dan terbuka untuk perniagaan.  Semoga percubaan kami ini diberkati dan membawa kebaikan kepada orang ramai khususnya kepada masyarakat setempat.

Portal Jaringan Usahawan

Sebagai menyokong perkembangan dunia keusahawanan di Malaysia, kami dengan ini melancarkan satu laman web berkonsepkan database:

http://www.usaha1network.com

Para usahawan seluruh Malaysia sepatutnya mengambil peluang ini untuk meluaskan jaringan usahawan dan seterusnya meluaskan pasaran perniagaan.  Para usahawan hanya perlu mendaftar secara PERCUMA dan seterusnya mengiklankan perusahaan masing-masing tanpa had bilangan.

Kursus Asas Perniagaan Online

Tajuk    :  Kursus Asas Perniagaan Online

Tempat:  Mini RTC Kuala Pilah

Tarikh  : 11 November 2015 dan 12 November 2015

Modul   :

Hari Pertama
08:00 pagi Pendaftaran
08:30 pagi Modul 1:  Kenali Ibu Anda
10:30 pagi Rehat dan minum teh.
11:00 pagi Modul 2:  Berhenti Bekerja
01:00 tengahari Rehat dan makan tengahari
02:30 petang Modul 3: Program Interview Majikan Anda
05:00 petang Bersurai
Hari Kedua
08:00 pagi Modul 4:  Berhenti Bersosial
09:30 pagi Rehat dan minum teh.
10:00 pagi Modul 5:  Perlantikan Pengurus Kewangan
Break (5 minit)
11:30 pagi Modul 6:  Pendaftaran Sebagai Ahli Korporat
01:00 tengahari Rehat dan makan tengahari
02:30 petang Modul 7:  Pindah Ke Dunia Baru
04:00 petang Refleksi Kursus

 

Harapan

Dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi semasa Malaysia, kita seringkali berhadapan dengan terma subsidi, pinjaman dan pelbagai bentuk bantuan dari pihak kerajaan,organisasi atau individu tertentu.  Selain daripada mengharap kepada bantuan daripada pihak luar, kita sebenarnya boleh juga mengharapkan diri sendiri.  Ini kerana, jika diri sendiri pun kita tidak dapat memberikan harapan kepada diri sendiri maka jelas di situ bahawa diri kita ini adalah dalam golongan yang tidak boleh diharap.

Top